Pages

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang mengenali, dan kepada semua yang tidak dikenali juga, hehe.

Saya ingin memohon maaf jika selama ini saya ada menyakitkan hati sesiapa, atau apa-apa yang menyusahkan korang semua. Minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Tentunya raya haji kali ni aku sambut kecil-kecilan, seperti raya aidilfitri tidak jauh beza, kecilan je..
kunjung mengunjung raya haji ni memang tak buat la, sebab 19, jumaat akan ke kampus pulak.


Akan ke kampus lepas raya aidiladha

Ada benda aku nak settle, nak ambik result final exam, kesemua sekali, isi borang audit tamat belajar dan hantar "on time".. dalam masa tu jugak.

Aku malas betul nak ulang alik pergi kampus ni, penat la. Korang yang tinggal berdekatan, tak apa la. Ini aku yang tinggal berjauhan ni. Sangat memenatkan, buang masa lagi.

Tuesday, November 9, 2010

Geng Putus Cinta Mengamuk

Aku memang dah terbiasa dengan geng putus cinta ni, aku pelik la...
Aku pelik sebab, berapa banyak skandal la korang nak berskandal..?

Ini bukan cinta sejati, tapi cinta playboy.
Muka dah hensem, bila dah hensem memang senang jadi GPC (geng putus cinta).

Aku dulu, pernah ada housemate sorang ni. 
Teruk betul masa dia putus cinta, dia ni macho la.. awek dia mesti cantik.
Setiap kali ada panggilan telefon, dia cakap "awak bodoh!" dengan suara yang kasar dan nada yang tinggi.
Macam-macam lagi lah perkataan yang keluar, sampai aku sebagai housemate ni tak senang duduk sebab memekak je.

Aku pun tak faham la macam mana rasanya cinta tu, sebab aku tak pernah pun bercinta.
Dan aku tak faham rasanya berskandal atau menjadi playboy.

Pelik betul la korang ni, Tuhan berikan wajah semua sempurna tapi  tak gunakan dengan betul.
Wajah hensem korang tu cubalah guna dengan sebaiknya. Apa nak jadi lah.
Kalau aku la., aku setia je pada yang satu, buat apa nak pasang yang lain. 
macam-macam... tapi kalau aku ni hensem kan best... hmm...


Sunday, November 7, 2010

Ramai mahasiswa kini Skip Solat

Hahaha, ini bukan lagi pendedahan, sebab ramai yang dah tahu mahasiswa-mahasiswa di zaman sekarang ni ramai yang tinggal solat. Tapi bukan semua, ada yang masih jaga solat, alhamdulillah. Tapi kepada yang suka tinggal solat tu, bawak bertaubatlah.

Aku dah 3 tahun tinggal di sebuah asrama di Universiti yang agak terkenal di area ****** *********, maaf nama tempat tu memang lucah.



Sepanjang aku kat situ, macam-macam gelagat penghuni asrama ni, ada yang tak puasa di bulan ramadhan, berperangai macam monyet, suka tendang kerusi meja apabila putus cinta. HAHA!

Yang tak solat ni, tak rasa bersalah ke?
Aku ni jenis yang solat, jadi ada masanya aku solat, diorang tengok je aku solat. Tak terdetik ke dalam hati diorang yang Allah itu maha mengetahui. Entahlah, aku berdoa agar Allah swt jauhkan segala azab untuk mereka, dah jadi tugas rakan sesama agama agar mendoakan kebaikan.. Ameeeen..
P/s: Aku solat 4 waktu je masa kat asrama dulu, sebab subuh ni selalu tertinggal.. :p
Tapi sekurang-kurangnya aku solat, subuh tu tak sengaja tertinggal.. hmm...


Ada juga yang suka menjerit jerit bila malam.. aku pelik, diorang ni dah bertukar jadi beruk monyet ke bila malam? Kalau serigala tak menjerit macam tu.. hahaha. Pelajar luar negara, Arab dan african pun tengok pelik kat pelajar melayu ni, memalukan sungguh..

Yang jenis putus cinta ni nanti aku story kat lain post.. hahaha