Pages

Tuesday, November 9, 2010

Geng Putus Cinta Mengamuk

Aku memang dah terbiasa dengan geng putus cinta ni, aku pelik la...
Aku pelik sebab, berapa banyak skandal la korang nak berskandal..?

Ini bukan cinta sejati, tapi cinta playboy.
Muka dah hensem, bila dah hensem memang senang jadi GPC (geng putus cinta).

Aku dulu, pernah ada housemate sorang ni. 
Teruk betul masa dia putus cinta, dia ni macho la.. awek dia mesti cantik.
Setiap kali ada panggilan telefon, dia cakap "awak bodoh!" dengan suara yang kasar dan nada yang tinggi.
Macam-macam lagi lah perkataan yang keluar, sampai aku sebagai housemate ni tak senang duduk sebab memekak je.

Aku pun tak faham la macam mana rasanya cinta tu, sebab aku tak pernah pun bercinta.
Dan aku tak faham rasanya berskandal atau menjadi playboy.

Pelik betul la korang ni, Tuhan berikan wajah semua sempurna tapi  tak gunakan dengan betul.
Wajah hensem korang tu cubalah guna dengan sebaiknya. Apa nak jadi lah.
Kalau aku la., aku setia je pada yang satu, buat apa nak pasang yang lain. 
macam-macam... tapi kalau aku ni hensem kan best... hmm...


3 comments: