Pages

Sunday, November 7, 2010

Ramai mahasiswa kini Skip Solat

Hahaha, ini bukan lagi pendedahan, sebab ramai yang dah tahu mahasiswa-mahasiswa di zaman sekarang ni ramai yang tinggal solat. Tapi bukan semua, ada yang masih jaga solat, alhamdulillah. Tapi kepada yang suka tinggal solat tu, bawak bertaubatlah.

Aku dah 3 tahun tinggal di sebuah asrama di Universiti yang agak terkenal di area ****** *********, maaf nama tempat tu memang lucah.



Sepanjang aku kat situ, macam-macam gelagat penghuni asrama ni, ada yang tak puasa di bulan ramadhan, berperangai macam monyet, suka tendang kerusi meja apabila putus cinta. HAHA!

Yang tak solat ni, tak rasa bersalah ke?
Aku ni jenis yang solat, jadi ada masanya aku solat, diorang tengok je aku solat. Tak terdetik ke dalam hati diorang yang Allah itu maha mengetahui. Entahlah, aku berdoa agar Allah swt jauhkan segala azab untuk mereka, dah jadi tugas rakan sesama agama agar mendoakan kebaikan.. Ameeeen..
P/s: Aku solat 4 waktu je masa kat asrama dulu, sebab subuh ni selalu tertinggal.. :p
Tapi sekurang-kurangnya aku solat, subuh tu tak sengaja tertinggal.. hmm...


Ada juga yang suka menjerit jerit bila malam.. aku pelik, diorang ni dah bertukar jadi beruk monyet ke bila malam? Kalau serigala tak menjerit macam tu.. hahaha. Pelajar luar negara, Arab dan african pun tengok pelik kat pelajar melayu ni, memalukan sungguh..

Yang jenis putus cinta ni nanti aku story kat lain post.. hahaha



6 comments:

  1. mira tabik dekat syam sebab masih menjalankan 5 yang wajib tuh!susah nak dapat lelaki yang macam tu sekarang,tahniah! :))
    teruskan.

    ReplyDelete
  2. batang berjuntai..apa yg lucahnye?? memang time tu aku pown slalu gak denga bunyi bebudak jerit cam sakai time memalam..black metal agaknya...kalu merdeka depa suka baling mercun sampai kena motor..

    ReplyDelete