Pages

Thursday, February 24, 2011

Malaysia Menang, Pakistan Kalah


Nampaknya permainan yang menarik ditunjukkan anak muda tempatan. Dua gol berjaya disumbatkan dalam masa pertama perlawanan. Malaysia tidak dapat menjaringkan sebarang gol pada masa kedua walaupun banyak peluang keemasan.

Kemenangan Malaysia kali ini dianggap satu kejayaan tetapi saya kurang berpuas hati, malah pengulas di Tv Astro juga tidak berpuas hati dengan jumlah jaringan gol ini. Memanglah agaknya betul kata pengulas tu, sebab Pakistan merupakan pasukan kerdil. Jurulatih Ong Kim Swee sebelum ini pun ada berkata kepada pemain supaya menyumbat sebanyak gol yang mungkin. Tapi takpalah, janji menang.  


Khairul fahmi dikasari penyerang pakistan  yang mana saya boleh katakan pemain Pakistan itu dengan sengajanya menendang Khairul fahmi. Tetapi bersyukurlah penjaga gawang kita tak cedera.




Apa pun, saya ucapkan tahniah kepada anak muda tempatan. Malaysia menang 2-0.

Hantu pun tengok bola tadi...




2 comments: