Pages

Wednesday, February 23, 2011

Misteri Kubur Gergasi



Orang Arab dikejutkan dengan penemuan tengkorak manusia gergasi. Ia dijumpai oleh pasukan The Aramco Exploration ketika aktiviti eksplorasi gas di wilayah selatan gurun pasir Arab. Wilayah tersebut dinamakan "penempatan kosong" atau "Empty Quarter", ia juga disebut "Rab al-Khaliy" di dalam bahasa Arab.





Allah SWT pernah berkata dalam Al-Quran bahawa Dia pernah mencipta manusia yang bersaiz besar ini yang mana mereka ini adalah kaum 'Ad. Nabi Hud A.S pernah diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran.

Dikatakan tubuh mereka ini sangat besar, tinggi dan kuat dan mereka berupaya untuk mencabut sebatang pohon pokok yang besar.



Walaupun Allah SWT telah memberikan mereka kelebihan berbanding umat yang lain, tetapi mereka memilih untuk menjadi umat yang menderhaka, pendusta serta menentang kenabian Nabi Hud A.S. Oleh itu, sebagai hukuman, mereka ini telah diseksa oleh Allah SWT.

Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud.
Ada pihak yang penemuan tersebut dan mendakwa gambar-gambar tersebut adalah "super impose" atau diedit. Penafian berikut sememangnya dari golongan yang cuba menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya.



Tahun 1990, keratan akhbar dalam beberapa surat khabar terkemuka di dunia ada menyatakan "Kota Lagenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Lagenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir". Apa yang menariknya, bandar ini juga disebut dalam Al-Quran.










2 comments:

  1. Bukan tak percaya pada cerita tu.. tp gambarnyer, dalam banyak2 gambar diatas mungkin the other one is fake.

    ReplyDelete
  2. NYATAKAN AYAT ALLAH DALAM SURAH MANA MENGATAKAN KAUM AD LEBIH BESAR DRP MANUSIA BIASA

    ReplyDelete