Pages

Saturday, March 12, 2011

Gangguan Internet di Malaysia Akibat Gempa, Tsunami di Jepun


Baru hari ini Telekom Malaysia (TM) mengumumkan terdapat gangguan internet, pengguna mungkin menghadapi masalah semasa menggunakan internet.


Antara kabel yang menghadapi masalah adalah termasuk Japan-US Cable Network (JUCN) dan juga Asia Pasific Cable Network 2 (APCN2) yang mana menghubungkan Malaysia kepada Amerika Syarikat dan juga Hong Kong.

Akibatnya, para pengguna yang melayari laman-laman web yang dihoskan di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Utara mungkin menghadapi sedikit masalah, termasuk masa pelayaran yang lambat, dan kesusahan untuk mengaksesnya.

Kredit untuk laman:  http://amanz.my


No comments:

Post a Comment