Pages

Thursday, March 10, 2011

Malaysia Gagal Mengalahkan Pakistan




9 March 2011: Saya hampir tidak percaya apabila mendapat tahu pasukan Harimau Muda kita gagal mengalahkan Pakistan yang mana merupakan pasukan yang kerdil. Malaysia hanya mampu seri dengan Pakistan 0-0. Walaubagaimanapun, Malaysia tetap layak ke pusingan seterusnya untuk kelayakan olimpik 2012.



Masalah teknikal yang dialami oleh Syarikat penyiaran di Pakistan telah menghampakan peminat Harimau Muda kerana stesen tv di Malaysia gagal untuk mendapatkan siaran langsung itu. Semuanya kerana sistem penyiaran tv di Pakistan yang lapuk ditelan zaman.

Senarai pemain yang beraksi pada 9 March 2011:

PAKISTAN
1. Muhammad Umer,
2. Faisal Iqbal, 3. Ahsanullah, 4. Manzoor Ahmed, 5. Alamgir Khan,
6. Syed Arif Hussain, 7. Muhammad Adil, 8. Mahmood Khan
9. Rizwan Asif (VC), 10. Kaleemullah, 11. Jadeed Khan Pathan (C)
Subs: 12. M Qais, 13. Saddam Hussain, 14. Ghazanfar Abbas, 15. Ubaid Majeed, 16. Rashid Ali, 17. Asim Mansoor, 18. Amir Gul.

MALAYSIA
1. Khairul Fahmi bin che mat
2. Mahalli bin Jasuli, 3. Mohd Affize Faisal bin Mamat, 4. Mohd Fazli bin Mohd Shas 7. Mohd Irfan bin Fazail,
8. Wan Zaharulnizam bin Zakaraia, 9. Ahmad Fakri bin Saarani, 11.Gurusamy Govandar Kandasamy,
12. Gary Steven Robertm 15. Mohd Muslim bin Ahmed, 17. Mohd Fandi bin Othman
SUBS: 5. Mohd Faizal bin Abu Bakr, 6. Sivanesan Shanguman, 19, Thamil Arasu Ambumamee, 13. Nazirul Naim bin che Hashim, 14. Ahmad Shabir bin Md Ali, 16. Syahrul Azwari bin Ibrahim, 18. Muhammad Zamir bin Selamat

Pada pusingan pertama perlawan pada 23 Febuari lalu, Malaysia hampir membenam Pakistan, tetapi disebabkan kekurangan penyudah, kita hanya berjaya perolehi dua gol. Pada pandangan saya, kita sudah bertemu Pakistan, ini sudah tentunya kita dapat membaca corak permainan mereka, dan sepatutnya kita beraksi lebih menyerlah di pusingan kedua ini, tetapi sebaliknya.

Saya khuatir jika skuad negara gagal mencapai tahap yang sepatutnya. Walau apa pun, saya mengharapkan yang terbaik untuk skuad Harimau Muda Malaya, semoga Malaysia dapat mencipta nama di Sukan Olimpik 2012 kelak.




No comments:

Post a Comment