Pages

Monday, March 14, 2011

Para Ulama Meramal Kiamat 2012


Tahukah anda gempa bumi yang binasa banyak yang berlaku pada hari jumaat, tidak terkecuali gempa bumi 8.2 magnitude yang berlaku di Jepun pada 11 March 2011 baru-baru ini.



Satu perbincangan besar diantara ulama luar berikutan ura-ura peristiwa besar 2012 yang bakal berlaku. Ulama-ulama luar ini telah memutuskan perkiraan mengikut tanda-tanda dan rentetan peristiwa yang telah berlaku di atas muka bumi berkemungkinan besar adalah benar. 

Seorang Syeikh Maulana (guru) yang banyak menyumbangkan tenaga di dalam menjayakan PERKIM, beliau sering berbincang dan bertukar pendapat bersama ulama di wilayah negara arab dan negara timur tengah. Beliau sebelum ini ada pergi ke Iran dan Kaherah, beliau mengatakan sejumlah 400 rakyat Iran yang pergi ke Mekah dijangkiti virus selsema babi.

Kita ketahui bahawa Mekah dan Madinah adalah kawasan selamat tetapi jangan lupa kekuasaan Allah s.w.t. Di Kaherah, kerajaan telah membuat operasi besar-besaran menghapuskan haiwan babi. Begitu juga di Iran.

Berdasarkan hadis dan kajian ulama, tahun 2012 berkemungkinan besar berlaku bencana alam yang mengakibatkan banyak penduduk dunia kehilangan nyawa dan harta benda. Wabak penyakit banyak menular, generasi manusia akan susut. Beliau menambah kenyataan bahawa peristiwa 2012 itu adalah jangkaan tetapi tidak mustahil berlaku lebih awal. Beliau menasihatkan supaya hidupkan zikir dalam diri masing-masing bermula sekarang. Kini beliau sedang perhebatkan dakwah berikutan hal ini di kawasan Kuala Lumpur. 

Sama ada percaya atau tidak, terpulang pada diri masing-masing. Ini hanyalah ramalan. Mari kita lihat apa yang tercatat dalam hadis yang menyentuh hal ini.

Hadis

1 Ramadhan pada 2012 jatuh pada 20 Julai hari jumaat, jadi 3 ogos 2012 bersamaan 15 Ramadhan jatuh juga pada hari jumaat. Sama dengan hadis nabi berkaitan dengan huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadhan iaitu hari jumaat 15 Ramadhan dekat bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur kerana satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar di langit. Ia bukan kiamat, tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 sahaja.



NASA Amerika memberitahu 21-12-2012, planet X akan melintasi ke bumi. Adakah kita semua ini tergolong dalam 1/3 manusia yang dimaksudkan? Allah sahaja yang mengetahui. Cuba kita lihat hadis nabi di bawah ini dan kenyataan tentang huru hara 2012. (bukan pada gambar)


Nu'aim bin Hammad meriwatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru hara di bulan syawal ..."
Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?"
Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan Ramadhan, pada malam jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar pingitannya, pada malam jumaat di tahun terjadinya banyak gempa bumi. Jika kamu telah melaksanakan solat subuh pada hari jumaat, masuklah ke dalam rumah kamu, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang - lubangnya, dan selimutlah diri kamu, sumbatlah telinga kamu.

Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah:
"Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". 
Okay ini apa yang saya dapat dari satu laman web, setelah membuat kajian, saya mendapati ia telah dipetik dari satu hadis palsu. Jadi ia adalah palsu!

Semua datangnya dari-Nya dan hari kiamat hanya diketahui oleh-Nya.

No comments:

Post a Comment