Pages

Monday, March 27, 2017

RIP Balqis - Al-Fatihah

Hello dan salam. Malam ini dikejutkan dengan berita pemergian seorang sahabat yang aku anggap berpotensi menjadi bff (best friend forever). Mujurlah ada kawan office aku ini yang tahu tentang berita ini. Dialah yang menyampaikan khabar sedih ini. Kalau tidak memang aku tak tahu apa yang berlaku pada si Balqis kerana whatsapp aku pun tak dibalas, mungkin tengah kesakitan masa tu.

Aku diberitahu punca kematian Balqis adalah keracunan ubat selepas plastic surgery, antibiotic tidak berkesan kepadanya.

Kali terakhir aku bertemu dia pada 29 Januari. Pertemuan yang tak boleh dilupakan, keluar menonton wayang walaupun dipandang serong oleh orang sekeliling pada malam itu. 

Nampaknya juga doa-doa aku dalam solat yakni berharap Allah swt dapat memberikan dia hidayah sudah terlambat. Aku hanya mampu menghadiahkan dia Al-Fatihah, dan mungkin doa agar dijauhkan atau dikurangkan azab di sana, Ameeen.

Balqis adalah inspirasi aku dalam menghasilkan grafik2 Balqis

Grafik Balqis untuk sticker kereta aku




Tuesday, January 31, 2017

Balqis


Hello dan salam. Lama tak update blog, jadi ini merupakan update yang terbaru dan yang pertama pada tahun 2017. Banyak peristiwa yang berlaku pada tahun lepas (2016), antaranya:

* Break up dengan gadis thai pada januari seminggu sebelum birthday aku.


* Terjatuh cinta pula pada seorang sahabat perempuan sebab dia macam mengambil berat dikala aku tengah depression putus cinta. Bagaimanapun cinta telah di-reject mentah-mentah (first time aku cakap depan-depan, "aku suka kau") sebab mungkin dia takda feelings kot. (bagus juga dia reject kalau tidak tak dapat bayangkan bagaimana jadinya nanti haha)

* Dated 4 perempuan melayu. Tak tahu lah definisi dating atau date bagi hangpa. Tapi bagi aku, aku ikut definisi mat saleh, bila keluar dengan perempuan dan kau namakan ia sebagai date, itu bererti dia itu calon kau. Samada menjadi atau disaster, itu soal lain. Tak semestinya date kau tu mesti girlfriend kau. Sebab itu lah ini aku namakan first date (susah pula aku nak jelaskan lantak hangpa lah). Semuanya tak berhasil pun.

Penghujung januari 2017 pula, sesuatu di luar jangkaan berlaku. Mula kenal di laman sosial, "gadis Balqis" ni agak menarik perhatian aku juga lah. Tapi aku tak expect apa-apa dan aku tak menganggap pertemuan pada malam itu sebagai date pun. Jumpa di Mall yang terletak di KL, dari jauh aku nampak dia berjalan macam model. Motif utama jumpa nak tengok wayang dan berkenalan sahaja sebab aku ni kan lonewolf, jenis yang tak ramai kawan dan memilih untuk berkawan.

23th Jan birthday balqis. Ini gambar editan aku pada hari jadinya

Tak tahu kenapa, tapi bila aku pandang Balqis dia seolah seperti Vampire

Perasaan tu mild sahaja bila berjumpa hari tu, tak macam aku dengan ex aku dulu (june 2012). Mungkin sebab hati dah tertutup. Lagipun bila difikir balik, lebih baik jangan jatuh cinta sebab ini tidak akan berakhir dengan baik. Macam aku dengan ex, aku tak boleh berkahwin dengannya di atas faktor perbezaan agama. Sama kes dengan Balqis, cuma bezanya bukan faktor agama tapi faktor lain.




Sekian, selesai update 31/1/2017. 12.50am.