Pages

Monday, March 27, 2017

RIP Balqis - Al-Fatihah

Hello dan salam. Malam ini dikejutkan dengan berita pemergian seorang sahabat yang aku anggap berpotensi menjadi bff (best friend forever). Mujurlah ada kawan office aku ini yang tahu tentang berita ini. Dialah yang menyampaikan khabar sedih ini. Kalau tidak memang aku tak tahu apa yang berlaku pada si Balqis kerana whatsapp aku pun tak dibalas, mungkin tengah kesakitan masa tu.

Aku diberitahu punca kematian Balqis adalah keracunan ubat selepas plastic surgery, antibiotic tidak berkesan kepadanya.

Kali terakhir aku bertemu dia pada 29 Januari. Pertemuan yang tak boleh dilupakan, keluar menonton wayang walaupun dipandang serong oleh orang sekeliling pada malam itu. 

Nampaknya juga doa-doa aku dalam solat yakni berharap Allah swt dapat memberikan dia hidayah sudah terlambat. Aku hanya mampu menghadiahkan dia Al-Fatihah, dan mungkin doa agar dijauhkan atau dikurangkan azab di sana, Ameeen.

Balqis adalah inspirasi aku dalam menghasilkan grafik2 Balqis

Grafik Balqis untuk sticker kereta aku




No comments:

Post a Comment