Pages

Monday, September 4, 2017

Perempuan melayu selalu bagi heartbreak

Hello again.

Start messaging bulan yang lepas, baru start jumpa 31 Ogos 2017. Disebabkan tiada masa dan jarak yang jauh, sebab itulah baru dapat berjumpa setelah sebulan kemudian. Nak dipendekkan cerita, dia ni jiran aku (selang 4 buah rumah kot). Dialah childhood memories aku. Ingat lagi aku tendang al-Quran dia masa ponteng mengaji dulu. Btw, mak aku yang rekemenkan budak ni. Sejak kebelakangan ni mak aku nampak rushing mencarikan aku perempuan melayu. Aku faham kenapa, sebabnya sejarah aku yang tak pernah bercinta dengan gadis melayu dan hanya pernah bercinta dengan perempuan non-muslim dari luar negara. Dia sebenarnya risau takut aku bercinta lagi dengan gadis luar (mungkin fobia dia). Aku fahamlah sebab gadis luar ni risikonya kalau bercinta, tak mau convert
jadi susahlah nak kahwin. Kalau nak diceritakan zaman aku bercinta dengan ex aku dulu memanglah merupakan dark days bagi mak aku. Seringkali dia menangis dalam solat dan bermimpi buruk. Memang benar aku seorang pendosa ketika aku bersama ex dulu. Jadi faham sangatlah fobia mak aku ni.

So berbalik pada topik asal, dapat jumpa dua kali saja sebab hari ini (4/9/2017) aku nak balik ke lembah klang dah untuk mula berkerja esok pagi. Jadi dengan jarak yang jauh antara kami penang - lembah klang memang sangat mencabar. Tapi rasanya aku dah boleh lupakan dia sedikit demi sedikit (dengan izin tuhan) sebab perempuan melayu jiran aku ni, mesej dia semalam, hanya mahu berkawan biasa sahaja! Dia cakap tak mahu bagi komitmen! Serius aku pantang orang macam ni! Bukan apa, kalau kita 23 kau cakap macam ni aku rasa normal kot dan aku boleh move on dengan mudahnya. Tapi dengan mak aku yang desperately mahukan gadis melayu muslim dan aku yang mencari perempuan melayu dengan umurku yang nak mencecah 30 series ni rasanya sangat waste of time!. Kalau dari mula-mula kau mesej dan beritahu hanya mahu kawan biasa, tak perlulah aku berjumpa dengan kau dan balik kampung halaman. Sebab plan aku sebenarnya nak bercuti di Melaka, aku postponed balik kampung sebab nak berjumpa. 



So sebab itulah topik post ni "perempuan melayu selalu bagi heartbreak" memang kau bukan yang first perempuan melayu, sebelum ni ada juga dated tapi tak berhasil. Ada yang macam kau, tak mahu bagi komitmen. Bagi yang muda aku faham, tapi bagi yang sebaya or tua dari aku, i'd say we should start from now. Start having commitment, we can work this out.

Atau mungkin aku akan mencari perempuan bukan melayu lagi selepas ini. 

God took Balqis's life, remember that. I'll never forgive Him!!

No comments:

Post a Comment